Pilihan Bahasa

Pautan Penting INSPIM

Laman 5S INSPIM

 

Undian

Adakah laman web ini berinformasi?
 

Transaksi Online

Pautan Luar

Sebutharga / Tender

* Harap maaf,tiada tender yang dikeluarkan oleh jabatan buat masa ini.

Jawatan Kosong

* Harap maaf, tiada jawatan kosong yang ditawarkan oleh jabatan buat masa ini.

Arkib INSPIM

Persijilan

BENGKEL JAHITAN KREATIF BAGI AHLI PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA PDF Print E-mail
Friday, 20 July 2012 07:00

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka dan INSPIM telah pun berjaya menganjurkan Bengkel Jahitan Kreatif yang telah dijalankan selama 2 hari bertempat di Dewan Ballroom, Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Pertubuhan Perkumpulan (WI) Negeri Melaka telah menyertai kursus ini.

Antara objektif dalam kursus ini termasuklah:

  • Memberikan kemahiran asas menjahit kepada para peserta;
  • Memberikan kemahiran dan pengetahuan menjahit secara kreatif kepada peserta; dan
  • Membuka peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran menjahit agar ianya dapat digunakan dalam mewujudkan peluang mendapatkan perkhidmatan.
Maklumbalas dari peserta ialah kursus ini amat baik dan patut diteruskan dengan projek-projek yang lain. Tetamu jemputan yang hadir bagi merasmikan penutupan kursus ialah Y.Bhg. Che Puan Sri Kelana d'Raja (Dr) Hajah Nik Azizah Binti Haji Nik Yahya, Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Malaysia dan YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hjh. Asmah Binti Abd. Rahman, Pengerusi, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka.
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG BENGKEL JAHITAN KREATIF


 

 

Kemaskini Terakhir Pada: Friday, 17 May 2013 05:36