Carian
Statistik Pelawat






![]() | Today | 38 |
![]() | Yesterday | 83 |
![]() | This week | 38 |
![]() | Last week | 734 |
![]() | This month | 410 |
![]() | Last month | 2313 |
![]() | All days | 20090 |
Your IP: 38.107.191.107
,
Today: Sep 05, 2010
| Rakan Strategik |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Persijilan |
![]() |
![]() |
| TAKLIMAT INSPIM KEPADA Y.BHG. DATUK HJ. ABD. RAHIM BIN HJ. ABU (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU) & MAJLIS PERPISAHAN PN. MAS ERMIEYATI BT SAMSUDIN (MANTAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSPIM) |
|
15 Julai 2010 INSPIM telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Y.Bhg. Pn. Mas Ermieyati Bt Samsudin yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 7 Julai 2010 yang lalu. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Abd. Rahim Bin Hj. Abu, Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM yang baru.
Dalam majlis berkenaan, INSPIM telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai stuktur organisasi kepada Y.Bhg. Datuk. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Pn. Norita Bt Jantan @ Janudin dan turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan INSPIM. Taklimat berkenaan diadakan dengan tujuan untuk bersuai kenal dan mengeratkan lagi hubungan di antara Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dengan semua kakitangan.
Dalam majlis tersebut, serahan tugas Ketua Pegawai Eksekutif telah diserahkan oleh Pn. Mas Ermieyati bt Samsudin kepada Y.Bhg. Datuk Hj. Abd. Rahim Bin Hj. Abu. Pihak INSPIM merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan oleh Pn. Mas Ermieyati sepanjang 7 bulan beliau berkhidmat di INSPIM. Segala bakti yang dicurahkan akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Dalam masa yang sama, warga INSPIM juga amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Y.Bhg. Datuk ke organisasi INSPIM dan diharapkan semoga INSPIM akan terus maju di masa hadapan.
Y.Bhg. Datuk Hj. Abd. Rahim Bin Hj. Abu sedang menyampaikan ucapan sempena pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM yang baru.
Pn. Mas Ermieyati menyerahkan tugas kepada Y.Bhg. Datuk Hj. Abd. Rahim.
Pn. Norita Bt Jantan menyampaikan cenderahati kenang - kenangan kepada Pn. Mas Ermieyati. |
Pilihan Bahasa
Staff Webmail
26-08-2010





















