Carian
Statistik Pelawat






![]() | Today | 33 |
![]() | Yesterday | 83 |
![]() | This week | 33 |
![]() | Last week | 734 |
![]() | This month | 405 |
![]() | Last month | 2313 |
![]() | All days | 20085 |
Your IP: 38.107.191.105
,
Today: Sep 05, 2010
| Rakan Strategik |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Persijilan |
![]() |
![]() |
| SEMINAR SELAUT KASIH SEJUTA HARAPAN |
|
|
|
| Ditulis oleh inspim |
| Isnin, 12 Julai 2010 04:47 |
|
3 JULAI 2010 Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) dengan kerjasama BNR Global, Putra Specialist Hospital Melaka dan Institut Jantung Negara (IJN) telah melakar sejarah dalam menganjurkan Seminar Selaut Kasih Segunung Harapan yang telah dilaksanakan pada 3 - 4 Julai 2010 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 120 orang penyertaan di kalangan ibubapa yang mempunyai golongan anak istimewa, guru-guru pendidikan khas, kakitangan perubatan, golongan belia mahupun orang perseorangan dari seluruh negara. Antara objektif seminar ini adalah : 1. Menyedarkan dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang golongan kana-kanak istimewa. 2. Persediaan (mental/fizikal) bagi ibubapa sekiranya berhadapan dengan situasi golongan yang sedemikian dan meningkatkan kasih syang sesama insan; dan 3. Menyalurkan bantuan ke atas golongan ibubapa yang mempunyai kumpulan kanak- kanak istimewa. Seminar ini dibarisi oleh penceramah yang berwibawa iaitu Dr. Norizan Rajak, Pengarah dan Jururunding 'Linguist', Urbane Ethos Sdn. Bhd, Puan Habsah binti Yusof, Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru, Tuan Hj. Mohd Yusof Bin Din, Ketua Jabatan Pembangunan Sosial, Institut Perkembangan Minda (INMIND), Prof. Madya Dr. Sharifah Zainiyah Binti Syed Yahya, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Puan Yazmin Binti Ahmad Rusli, Jabatan Audiologi dan Pertuturan, UKM, Ms. Lim Kar Gee Enrich Consulting and Music Therapy Centre dan penceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan Kanak-Kanak Pendidikan Khas dari PDK Seri Penyayang, Alor Gajah, Melaka.Majlis perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Bin Md. Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Penyelidikan & Pembangunan, Kreativiti, Inovasi & Pengkomersilan Negeri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah INSPIM dan majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kesihatan. Hadir sama, Pengurus Besar INSPIM, Puan Norita Bt Jantan @ Janudin. Diharap agar penganjuran seminar seumpama ini dapat dimanfaatkan untuk golongan Kanak-Kanak istimewa dan memberi pendedahan yang berguna kepada golongan wanita untuk melakukan yang terbaik untuk membentuk golongan kanak-kanak istimewa menjadi anak cemerlang pada masa hadapan.
Pendaftaran peserta seminar
Antara peserta seminar yang hadir
Majlis Perasmian Pembukaan oleh Y.Bhg. Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Bin Md. Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Penyelidikan & Pembangunan Kreativiti, Inovasi & Pengkomersilan Negeri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah INSPIM.
Persembahan Kanak-Kanak Pendidikan Khas dari PDK Seri Penyayang, Alor Gajah, Melaka
Prof. Madya Dr. Sharifah Bt Zainiyah sedang menyampaikan ceramah
Majlis Perasmian Penutup Kursus & Penyampaian Cenderahati oleh. Y.B. Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan. |
Pilihan Bahasa
Staff Webmail
26-08-2010




























