|
LAWATAN KERJA 5S INSPIM KE MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG) MELAKA |
|
|
|
|
Ditulis oleh inspim
|
|
Isnin, 21 Jun 2010 03:40 |
|
15 JUN 2010
MPAG telah dipilih sebagai PBT contoh budaya kerja 5S untuk dilawati oleh seluruh warga kerja INSPIM. Lawatan kerja ini telah dikendalikan oleh Unit Dalaman 5S INSPIM sebagai salah satu kaedah untuk menambahbaik dan mendapatkan idea - idea baru dalam mempraktikkan budaya 5S di INSPIM. Selain itu, lawatan ini juga diadakan bagi merancakkan lagi aktiviti 5S sebelum Audit Pembaharuan Persijilan dilaksanakan oleh MPC pada 30 Julai 2010 akan datang.
Taklimat 5S telah disampaikan oleh En. Zainul Adnan Bin Mohd Said, Pengarah Kewangan yang juga merupakan Ketua Audit Dalaman 5S MPAG. Rombongan INSPIM juga telah dibawa untuk melawat ke jabatan - jabatan dalam MPAG untuk melihat secara dekat amalan 5S yang diamalkan.
Lawatan kerja ini turut disertai oleh Y.Bhg. Puan Norita Bt Jantan @ Janudin, Pengurus Besar INSPIM. Beliau berpendapat lawatan kerja ini bertepatan pada masanya bagi nilai tambah amalan 5S di INSPIM. Banyak idea - idea baru yang diperolehi dan boleh dilaksanakan di INSPIM.
Y.Bhg. En. Salleh Bin Md. Dom, Setiausaha Majlis MPAG turut hadir dalam majlis penyampaian cenderahati daripada pihak MPAG kepada INSPIM dan INSPIM turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih di atas kesudian dan layanan yang diberikan oleh pihak MPAG kepada semua warga kerja INSPIM sepanjang lawatan tersebut.
Adalah diharapkan agar hasil lawatan kerja berkenaan, amalan budaya 5S di INSPIM dapat dipertingkatkan di samping menambahbaik sistem pengurusan kualiti yang ada.

Y.Bhg. Pn. Norita Bt Jantan @ Janudin, Pengurus Besar INSPIM sedang menandatangani buku lawatan di kaunter pendaftaran MPAG.

En. Zainul Adnan sedang menyampaikan taklimat 5S MPAG kepada semua warga kerja INSPIM.

Lawatan ke salah sebuah bilik fail di MPAG.

Seluruh warga INSPIM bergambar bersama Y.Bhg. En. Saleh Bin Md. Dom, Setiausaha MPAG setelah selesai lawatan kerja 5S.
|