Increase Font Size Option 6 Reset Font Size Option 6 Decrease Font Size Option 6

Carian

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday31
mod_vvisit_counterYesterday83
mod_vvisit_counterThis week31
mod_vvisit_counterLast week734
mod_vvisit_counterThis month403
mod_vvisit_counterLast month2313
mod_vvisit_counterAll days20083

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 38.107.191.106
,
Today: Sep 05, 2010
Rakan Strategik
Persijilan
SEMINAR TRANSFORMASI KE ARAH KETERAMPILAN DIRI YANG CEMERLANG PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh inspim   
Selasa, 25 Mei 2010 00:16


18 MEI 2010

Seminar Transformasi Ke Arah Ketrampilan Diri Yang Cemerlang anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah dilaksanakan pada 18 Mei 2010 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 130 orang penyertaan di kalangan penjawat awam dalam dan luar Melaka telah menyertai seminar berkenaan. Antara objektif seminar ini adalah:

         1. Memberi inspirasi dan motivasi kendiri dalam peningkatan kerjaya dan hidup;
         2. Membantu dalam mengenal potensi diri dan cara menggilapnya;
         3. Membantu dalam membina personaliti serta meningkatkan imej kendiri; dan
         4. Memberi tunjuk ajar dan kaedah penampilan diri yang profesional.

Seminar Eksklusif Bersama Y.Bhg. Dr. Fazley Yaakub iaitu seorang motivator terkenal dan disegani serta Y.Bhg. Pn. Suraya Daud, seorang perunding imej dan penampilan yang berpengalaman luas ini turut memfokuskan ke arah transformasi pembinaan personaliti serta peningkatan imej kendiri yang profesional. Pertunjukan Fesyen "Gaya Menarik Ke Pejabat / Majlis Rasmi'' turut digayakan oleh model jemputan daripada SD Image Consultant dalam memberi pendedahan kepada pemilihan warna dan fesyen pakaian yang bersesuaian bagi sesuatu majlis yang dihadiri.

Majlis Perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hj. Yaakub Bin Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah INSPIM. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Mas Ermieyati Bt Samsudin dan Pengurus Besar INSPIM, Pn. Norita Bt Jantan @ Janudin.

Diharap agar penganjuran seminar seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh semua para peserta untuk saling bertukar pandangan dan idea serta mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dalam organisasi masing-masing. Penganjuran seminar ini tepat pada masanya sebagai salah satu platform ke arah mendokong Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita baru-baru ini.



Pendaftaran peserta seminar.



Antara peserta seminar yang hadir.



Dr. Fazley sedang menyampaikan ceramah.



Pn. Suraya sedang menyampaikan ceramah.



Pertunjukan Fesyen ''Gaya Menarik Ke Pejabat / Majlis Rasmi''



Majlis Perasmian Penutup Kursus & Penyampaian Cenderahati Oleh Y.B. Datuk Hj. Yaakub bin
Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia
Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah INSPIM