|
PENGANUGERAHAN PEKERJA CEMERLANG INSPIM BAGI BULAN JANUARI, FEBUARI DAN MAC 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh inspim
|
|
Khamis, 22 April 2010 08:09 |
|
21 APRIL 2010
Penganugerahan Pekerja Cemerlang Bulanan merupakan agenda tetap pengurusan INSPIM kepada warga kerjanya yang telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap kerja masing - masing. Seperti kebiasaan, pengurusan INSPIM telah memilih kakitangannya bagi anugerah pekerja cemerlang bagi bulan Januari, Febuari dan Mac 2010. Pn. Mazurah Bte Mohd Saat (Penolong Pengurus Pentadbiran & Kewangan) dianugerahi Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2010, En. Yahya Bin Abu (Penolong Pegawai Pemasaran) merupakan Pekerja Cemerlang bagi bulan Febuari 2010 manakala Pekerja Cemerlang bagi bulan Mac 2010 diterima oleh Pn. Junaidah Bte Mohammed Ali (Penolong Pengurus Kualiti & ICT).
Majlis tersebut diadakan di Pejabat INSPIM semasa Mesyuarat Bulanan Kakitangan Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bil. 4/2010 diadakan. YBhg. Pn. Mas Ermieyati Bte Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM telah menyampaikan sijil penghargaan dan insentif berbentuk wang tunai kepada tiga (3) kakitangan yang diraikan.
Penganugerahan ini diharap dapat dijadikan sebagai satu suntikan semangat kepada semua warga kerja INSPIM untuk lebih terus gigih berusaha ke arah mencapai prestasi yang lebih cemerlang.
 YBhg. Pn. Mas Ermieyati Bte Samsudin menyampaikan sijil penghargaan kepada Pn. Mazurah Bte Mohd Saat bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Januari 2010
 YBhg. Pn. Mas Ermieyati Bte Samsudin menyampaikan sijil penghargaan kepada En. Yahya Bin Abu bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Febuari 2010

YBhg. Pn. Mas Ermieyati Bte Samsudin menyampaikan sijil penghargaan kepada Pn. Junaidah Bte Mohammed Ali bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Mac 2010
|