Increase Font Size Option 6 Reset Font Size Option 6 Decrease Font Size Option 6

Carian

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday32
mod_vvisit_counterYesterday83
mod_vvisit_counterThis week32
mod_vvisit_counterLast week734
mod_vvisit_counterThis month404
mod_vvisit_counterLast month2313
mod_vvisit_counterAll days20084

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 38.107.191.107
,
Today: Sep 05, 2010
Rakan Strategik
Persijilan

Inspim

  •  

Melaka Maju 2010

BENGKEL PENYERLAHAN IMEJ, KARISMA DAN KREDIBILITI UNTUK WARGA KERJA INSPIM

 

15 MAC 2010, PORT DICKSON

Bengkel Penyerlahan imej, karisma dan kredibiliti yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) bersama - sama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah diadakan pada 13 - 14 Mac 2010 di Hotel Permaisuri, Port Dickson. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan INSPIM yang hadir ke bengkel tersebut untuk belajar cara serta teknik penyerlahan imej dengan lebih sempurna.

Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM, Puan Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara objektif utama penganjuran bengkel seumpama ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan INSPIM terhadap semua pelanggan INSPIM. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh penceramah yang hebat iaitu Pn. Suraya Daud dari SD Image Consultant dimana beliau telah mengupas mengenai standard perkhidmatan INSPIM ke arah Penentu Kecemerlangan Kualiti Perkhidmatan melalui imej dan penampilan korporat dengan tatacara pemilihan pakaian yang bersesuaian ke pejabat mahupun majlis - majlis rasmi kerajaan mengikut kategori umur.

Baca Lagi...
 
INSPIM DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI PENGANJUR PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA BIL. 2/2010

1 FEBUARI 2010

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka merupakan satu agenda tetap bulanan yang diadakan bagi semua penjawat awam negeri Melaka. Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 2/2010 yang bertempat di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perhimpunan bermula seawal jam 8.15 pagi.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh, Mufti Negeri Melaka bagi memohon keberkatan pada pagi yang mulia ini. Seterusnya bacaan ikrar dilafazkan dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan 1Malaysia.

Baca Lagi...
 
PROGRAM KECEMERLANGAN E-KASIH 2009

21-22 November 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN E-KASIH 2009
JAPERUN RUMBIA, ALOR GAJAH, MELAKA.

Program ini disasarkan kepada peserta yang tersenarai di dalam sistem E-Kasih. Peserta yang tersenarai di dalam sistem E-Kasih ini adalah terdiri daripada Ketua Isi Rumah Miskin (KIR) yang berpendapatan di bawah PGK iaitu RM740. Program pada hari pertama diisi dengan ceramah motivasi yang bertujuan untuk membantu para peserta mendapatkan idea - idea untuk menambah pendapatan daripada penceramah En. Amar Mahmood yang merupakan penulis buku Rahsia Minda Jutawan.

Pada hari kedua, telah diadakan sesi ceramah tentang hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk mencapai sifar kemiskinan pada tahun 2010. Ceramah telah diberikan oleh En. Muzaimi Bin Mohamad, Setiausaha Sulit Kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 Seterusnya > Tamat >>

Muka 4 daripada 6