Increase Font Size Option 6 Reset Font Size Option 6 Decrease Font Size Option 6

Carian

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday37
mod_vvisit_counterYesterday83
mod_vvisit_counterThis week37
mod_vvisit_counterLast week734
mod_vvisit_counterThis month409
mod_vvisit_counterLast month2313
mod_vvisit_counterAll days20089

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 38.107.191.106
,
Today: Sep 05, 2010
Rakan Strategik
Persijilan

Inspim

  •  

Melaka Maju 2010

LAWATAN KERJA 5S INSPIM KE MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG) MELAKA

 

15 JUN 2010

MPAG telah dipilih sebagai PBT contoh budaya kerja 5S untuk dilawati oleh seluruh warga kerja INSPIM. Lawatan kerja ini telah dikendalikan oleh Unit Dalaman 5S INSPIM sebagai salah satu kaedah untuk menambahbaik dan mendapatkan idea - idea baru dalam mempraktikkan budaya 5S di INSPIM. Selain itu, lawatan ini juga diadakan bagi merancakkan lagi aktiviti 5S sebelum Audit Pembaharuan Persijilan dilaksanakan oleh MPC pada 30 Julai 2010 akan datang.

Taklimat 5S telah disampaikan oleh En. Zainul Adnan Bin Mohd Said, Pengarah Kewangan yang juga merupakan Ketua Audit Dalaman 5S MPAG. Rombongan INSPIM juga telah dibawa untuk melawat ke jabatan - jabatan dalam MPAG untuk melihat secara dekat amalan 5S yang diamalkan.

Baca Lagi...
 
SEMINAR TRANSFORMASI KE ARAH KETERAMPILAN DIRI YANG CEMERLANG


18 MEI 2010

Seminar Transformasi Ke Arah Ketrampilan Diri Yang Cemerlang anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah dilaksanakan pada 18 Mei 2010 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 130 orang penyertaan di kalangan penjawat awam dalam dan luar Melaka telah menyertai seminar berkenaan. Antara objektif seminar ini adalah:

         1. Memberi inspirasi dan motivasi kendiri dalam peningkatan kerjaya dan hidup;
         2. Membantu dalam mengenal potensi diri dan cara menggilapnya;
         3. Membantu dalam membina personaliti serta meningkatkan imej kendiri; dan
         4. Memberi tunjuk ajar dan kaedah penampilan diri yang profesional.

Seminar Eksklusif Bersama Y.Bhg. Dr. Fazley Yaakub iaitu seorang motivator terkenal dan disegani serta Y.Bhg. Pn. Suraya Daud, seorang perunding imej dan penampilan yang berpengalaman luas ini turut memfokuskan ke arah transformasi pembinaan personaliti serta peningkatan imej kendiri yang profesional. Pertunjukan Fesyen "Gaya Menarik Ke Pejabat / Majlis Rasmi'' turut digayakan oleh model jemputan daripada SD Image Consultant dalam memberi pendedahan kepada pemilihan warna dan fesyen pakaian yang bersesuaian bagi sesuatu majlis yang dihadiri.

Baca Lagi...
 
PENGANUGERAHAN PEKERJA CEMERLANG INSPIM BAGI BULAN JANUARI, FEBUARI DAN MAC 2010

21 APRIL 2010

Penganugerahan Pekerja Cemerlang Bulanan merupakan agenda tetap pengurusan INSPIM kepada warga kerjanya yang telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap kerja masing - masing. Seperti kebiasaan, pengurusan INSPIM telah memilih kakitangannya bagi anugerah pekerja cemerlang bagi bulan Januari, Febuari dan Mac 2010. Pn. Mazurah Bte Mohd Saat (Penolong Pengurus Pentadbiran & Kewangan) dianugerahi Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2010, En. Yahya Bin Abu (Penolong Pegawai Pemasaran) merupakan Pekerja Cemerlang bagi bulan Febuari 2010 manakala Pekerja Cemerlang bagi bulan Mac 2010 diterima oleh Pn. Junaidah Bte Mohammed Ali (Penolong Pengurus Kualiti & ICT).

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 Seterusnya > Tamat >>

Muka 2 daripada 6