|
MPC MENGEKALKAN PENSIJILAN 5S INSPIM UNTUK TAHUN KEDUA |
|
30 JULAI 2010
INSPIM telah mengadakan sesi audit untuk memperbaharui Sijil 5S bertempat di Wisma INSPIM, Taman Bachang Jaya. Audit telah dilakukan oleh wakil MPC Wilayah Selatan iaitu En. Zainuddin Elias.
Audit yang bermula daripada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Pada sesi pagi, wakil MPC, En. Zainuddin juga berkesempatan bersama - sama dengan warga INSPIM untuk majlis bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM sendiri iaitu Y.Bhg Datuk Hj. Abdul Rahim Bin Hj. Abu.
Pada sesi penutupan pemantauan audit 5S, wakil MPC melaporkan bahawa secara keseluruhan, pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di INSPIM adalah memuaskan dan didapati memenuhi keperluan dan kehendak Sistem Amalan 5S yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan dan semua warga INSPIM juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah menjadikan amalan persekitaran berkualiti sebagai budaya kerja.
|
|
Baca Lagi...
|
|
TAKLIMAT INSPIM KEPADA Y.BHG. DATUK HJ. ABD. RAHIM BIN HJ. ABU (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU) & MAJLIS PERPISAHAN PN. MAS ERMIEYATI BT SAMSUDIN (MANTAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSPIM) |
|
15 Julai 2010
INSPIM telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Y.Bhg. Pn. Mas Ermieyati Bt Samsudin yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 7 Julai 2010 yang lalu. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Abd. Rahim Bin Hj. Abu, Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM yang baru.
Dalam majlis berkenaan, INSPIM telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai stuktur organisasi kepada Y.Bhg. Datuk. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Pn. Norita Bt Jantan @ Janudin dan turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan INSPIM. Taklimat berkenaan diadakan dengan tujuan untuk bersuai kenal dan mengeratkan lagi hubungan di antara Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dengan semua kakitangan.
|
|
Baca Lagi...
|
|
SEMINAR SELAUT KASIH SEJUTA HARAPAN |
|
3 JULAI 2010
Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) dengan kerjasama BNR Global, Putra Specialist Hospital Melaka dan Institut Jantung Negara (IJN) telah melakar sejarah dalam menganjurkan Seminar Selaut Kasih Segunung Harapan yang telah dilaksanakan pada 3 - 4 Julai 2010 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 120 orang penyertaan di kalangan ibubapa yang mempunyai golongan anak istimewa, guru-guru pendidikan khas, kakitangan perubatan, golongan belia mahupun orang perseorangan dari seluruh negara. Antara objektif seminar ini adalah :
1. Menyedarkan dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang golongan kana-kanak istimewa.
2. Persediaan (mental/fizikal) bagi ibubapa sekiranya berhadapan dengan situasi golongan yang sedemikian dan meningkatkan kasih syang sesama insan; dan
3. Menyalurkan bantuan ke atas golongan ibubapa yang mempunyai kumpulan kanak- kanak istimewa.
Seminar ini dibarisi oleh penceramah yang berwibawa iaitu Dr. Norizan Rajak, Pengarah dan Jururunding 'Linguist', Urbane Ethos Sdn. Bhd, Puan Habsah binti Yusof, Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru, Tuan Hj. Mohd Yusof Bin Din, Ketua Jabatan Pembangunan Sosial, Institut Perkembangan Minda (INMIND), Prof. Madya Dr. Sharifah Zainiyah Binti Syed Yahya, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Puan Yazmin Binti Ahmad Rusli, Jabatan Audiologi dan Pertuturan, UKM, Ms. Lim Kar Gee Enrich Consulting and Music Therapy Centre dan penceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan Kanak-Kanak Pendidikan Khas dari PDK Seri Penyayang, Alor Gajah, Melaka.
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Muka 1 daripada 6 |