MANAGEMENT-UNION PARTNERSHIP PROGRAMME : UMW TOYOTA MOTORS SDN BHD

Melaka, Pada 3 - 5 September 2014 dan 13 - 15 September 2014, UMW Toyota Motors Sdn Bhd telah menganjurkan 2 siri program yang berasaskan Teambuilding bertempat di Kampung Morten, Melaka. Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) bersama Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Penduduk Kampung Morten Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program ini dimana ianya melibatkan pegawai pengurusan UMW Toyota bersama wakil kesatuan sekerja UMW Toyota Motors dimana ianya meliputi seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Konsep pengendalian program ini adalah meliputi bengkel, latih amal dan kerja berpasukan yang melibatkan aktiviti di sekitar Negeri Melaka. Antaranya peserta didedahkan dengan aktiviti explorace beca yang membabitkan 22 buah beca dari Kg. Morten ke kawasan sekitar Jonker Walk, pencarian harta karun di Kg. Morten dan permainan Paintball. Peserta turut disajikan dengan produk pelancongan di Melaka termasuklah River Cruise, makan malam di Perkampungan Ikan Bakar Terapung dan makan tengahari di Restoran Baba Nyonya.

En. Norhizam Bin Bianamin, Ketua Jabatan Sumber Manusia UMW Toyota Motors Sdn. Bhd turut mengikuti sepenuhnya kedua-dua siri program ini dan berpandangan bahawa, "Program dan aktiviti di Melaka sangat menyeronokkan hingga menjadi perbincangan di Ibu Pejabat UMW Toyota Motors Sdn. Bhd ini turut mencapai objektif untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dan pihak kesatuan sekerja. Saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan program seumpama ini kepada rakan-rakan lain di sektor swasta''.

Turut menyerikan kedua-dua program ini ilah dengan kehadiran En. Rosden Bin Hj. Rahmat, Pengurus Besar Sumber Manusia UMW Toyota Motors Sdn. Bhd dan Puan Norita Bt Jantan @ Janudin, Pengurus Besar INSPIM bagi kedua-dua siri program.

 


 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.