SEMINAR PENGENALAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PADA 11 SEPTEMBER 2014

Melaka -  Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Seminar Pengenalan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 11 September 2014.

Seramai 41 peserta telah menghadiri seminar tersebut. Tujuan utama seminar ini dilaksanakan adalah untuk membuat penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA oleh pihak MAMPU. Objektif seminar ini ialah membantu jabatan dan agensi untuk meningkatkan imej korporat, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau (Go Green), menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders, memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi dan agensi kerajaan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Rasidah Binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Inovasi & Pengiktirafan Bahagian Perundingan Pengurusan 2, MAMPU. Kandungan ceramah beliau lebih menyentuh kepada fungsi dan faedah EKSA kepada jabatan atau agensi, tatacara pengauditan EKSA yang merangkumi skala pemarkahan dan komponen penilaian auditan EKSA serta etika dan keperluan utama juruaudit dalam pelaksanaan EKSA. Peserta juga dikongsikan dengan beberapa contoh jabatan yang telah mengamalkan EKSA di dalam urusan seharian organisasi. Antaranya ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 


 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.