Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Hidup Kerajaan bertempat di Beruang Hill Resort, Melaka. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Melaka, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan Luar Melaka telah menyertai kursus ini. Penceramah yang telah dijemput bagi menyampaikan serta berkongsi ilmu ini ialah daripada Jabatan Audit Negara Negeri Melaka. Maklumbalas dari peserta menunjukkan bahawa kursus ini amat baik dalam memberikan panduan dan tatacara yang betul dalam mengendalikan aset hidup jabatan.
Objektif yang terkandung di dalam kursus ini ialah :
1) Memberi penekanan peserta kursus mengenai peraturan pengurusan penerimaan dan pendaftaran Pengurusan Aset Hidup Kerajaan;
2) Memberi penekanan kepada peserta cara-cara bagaimana menjalankan pelupusan dan kehilangan serta hapuskira aset hidup kerajaan;
3) Memberi pendedahan terhadap kajian kes mengenai penggunaan borang-borang yang berkaitan aset hidup; dan
4) Memberi pendedahan terhadap kajian kes dan strategi penyelesaian permasalah mengenai pengurusan aset hidup.
No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1, Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya, 75250, Melaka |
|
TELEFON : | +606 335 0334 | +606 335 0939 |
FAKS : | +606 336 7035 |
EMAIL : |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM) |
Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.