SEMINAR PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU AM CEMERLANG MEMACU TRANSFORMASI ORGANISASI PADA 9-10 SEPTEMBER 2014

Melaka - Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan Seminar Pembantu Tadbir Dan Pembantu Am Cemerlang Memacu Transformasi Organisasi. Seramai 40 peserta telah menghadiri seminar tersebut. Objektif seminar ini mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, saling membantu dan memahami sesama rakan, menyediakan khidmat yang lebih sistematik secara formal atau tidak formal sebagai saluran mencurahkan perasaan dengan beretika, mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, contohnya proaktif dalam pekerjaan, bermotivasi dan rajin dan mewujudkan kumpulan pekerja yang mengamalkan budaya membimbing  dengan sifat-sifat penyayang, memahami, boleh dipercayai, menerima, sabar, berfikiran positif, mahu mendengar, empati dan asertif.

Peserta juga didedahkan kepada cabaran dan halatuju transformasi Jabatan Kerajaan, Kepentingan Kajian Impak Dan Laporan Prestasi, Tindakan Penambahbaikan Jabatan, Kualiti dan Pembangunan Program Penunjuk Tanda Aras (KPI) peranan kumpulan sokongan bersama-bersama dengan Kumpulan Pegawai dan Profesionali. Selain itu, untuk memantapkan integriti peserta, pendekatan penceramah adalah lebih fokus kepada pemantapan integriti sebagai jati diri sebagai kakitangan kerajaan.

Penceramah ialah Encik Mohd Zullutfi Bin Abdul Razak dan Encik Fazrul Bin Ismail dari Goldmind Evolution Sdn Bhd.  


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.