BENGKEL PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN PADA 2 - 4 SEPTEMBER 2014

Bermula pada 2-4 September 2014, satu Bengkel Penyediaan Pelan Strategik untuk Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu telah diadakan dengan kerjasama INSPIM bertempat di Grand Blue Waves Hotel, Shah Alam.

Di antara beberapa objektif utama di dalam bengkel ini ialah :

1) Memahami "Perancangan Strategik" daripada perspektif transformasi dan perubahan kepada organisasi (Change Management)

2) Membangunkan MISI dengan penyataan dalam "Mission Statement" secara spesifik dan boleh dihayati warga organisasi

3) Membuat analisis situasi yang melibatkan pertukaran dalaman dan persekitaran luaran dari perspektif makro dan mikro

4) Memahami alat penyelesaian masalah seperti Analisis SWOT dan Balanced Scorecards.

Di dalam perasmian bengkel ini, Yang DiPertua Majlis, En. Mohd Zulkifli Abu Bakar telah berucap dihadapan peserta bengkel yang turut terdiri dari Ahli-Ahli majlis dan kakitangan kumpulan Pegawai-pegawai Kanan MP Kemaman. Beliau berharap melalui bengkel ini, semua yang terlibat dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna untuk memastikan pembangunan Perbandaran Kemaman secara berterusan.

Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Zakaria yang mewakili INSPIM sebagai tenaga pengajar turut menyampaikan cenderamata kepada YDP Kemaman sebagai kenangan di akhir bengkel.

 


 

 

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.