BENGKEL PENYELARASAN DAN PENGUKUHAN PELAN STRATEGIK PKNM (2015-2020) PADA 16-17 JUN 2014

Pada 16-17 Jun 2014, bertempat di MITC Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan satu program secara usahasama yang diberi tajuk Bengkel Penyelarasan Dan Pengukuhan Pelan Strategik PKNM (2015-2020). Program yang dijalankan selama 2 hari ini bertujuan seperti berikut:

1) Menyelami idea, matlamat dan halatuju pihak pengurusan tertinggi organisasi untuk dijadikan panduan dalam pembentukan Pelan Pembangunan PKNM,

2) Menyelaras dan memberi bimbingan kepada peserta untuk mendokumentasikan "Blueprint Pelan Strategik" organisasi yang komprehensif, dan

3) Mewujudkan satu "Pelan Strategik PKNM (2015-2020)".

Bersempena program ini juga, Y.Bhg. Tn. Hj. Azmi Bin Hj. Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM telah menyampaikan amanat serta harapan kepada para peserta bengkel ini agar sama-sama menggembeling tenaga dan idea untuk memantapkan lagi kualiti perkhidmatan dan penyampaian PKNM menuju Wawasan 2020. Justeru, beliau berharap bengkel Pelan Strategik PKNM dapat disediakan tepat pada masanya.

Turut hadir di dalam program ini ialah Ahli Lembaga Pengarah PKNM yang bertindak sebagai Pegawai Pemantauan terdiri daripada Tn. Hj. Ramzi Bin Mansor, Datuk G. Kannan, YB Tn. Sulaiman Bin Md. Ali dan En. Azman Bin Abdullah.  


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.