SEMINAR PERUBAHAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 KE ISO 9001:2015 PADA 26 JUN 2014

Pada 26 Jun 2014 yang lalu, bertempat di Klebang Beach Resort Melaka, satu program yang bertajuk Seminar Perubahan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 ke MS ISO 9001:2015 telah dianjurkan oleh Jabatan ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM.

Seramai 30 orang wakil dari pelbagai jabatan, badan berkanun serta Anak-anak Syarikat telah dijemput untuk menyertai program sebegini, dimana objektifnya adalah seperti berikut:

1) Memahami latarbelakang organisasi yang mengawal dan rentetan perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam Standard ISO;

2) Berkongsi pandangan serta rasional tentang perubahan-perubahan yang dijangkakan;

3) Mendefinisikan perubahan mengikut klausa serta mengenalpasti keperluan tempoh peralihan sijil ISO; dan

4) Merancang keperluan dan bersedia dengan Pelan Tindakan untuk pelaksanaan serta pematuhan.

Tenaga pengajar jemputan sempena program ini adalah Y.Bhg. Pn. Hj. Mariam Bt Mohamed Zin (Bersara) dari SIRIM QAS International Sdn Bhd merangkap sebagai Associate Lead Auditor. Seminar selama sehari ini turut digunakan oleh para peserta sebagai saluran untuk bertanyakan isu permasalahan yang erlaku di dalam organisasi masing-masing.

Mengakhiri seminar pada kali ini, kesemua peserta sempat bergambar sebagai kenangan sebelum dijemput menikmati hidangan petang.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.