KURSUS PENGURUSAN STRESS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PADA 16-18 JUN 2014

BUKIT BARU, 19 JUN 2014 : Pusat Latihan KEMAS di Bukit Baru, Melaka telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan pada 16-18 Jun 2014 bertempat di Pusat Latihan Kemas, Jalan Melor, Bukit Baru, Melaka.

Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam terdiri daripada pegawai dan kakitangan KEMAS dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor. Permulaan kursus telah dikendalikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Raja Roslan Bin Raja Abd. Rahman di dalam sesi Ice Breaking dan membina kumpulan.

Manakala di dalam ceramah yang dikendalikan oleh Y.Bhg. En. Ahmad Fahim Bin Hj. Robani beliau telah menyentuh tentang stress menurut perspektif Islam dan juga mengenai pemakanan di dalam diri sendiri dan juga tentang keseimbangan di antara amalan, pekerjaan dan cara untuk mengatasi tekanan masing-masing.

Di antara objektif kursus ialah:

1) Untuk mengenalpasti tanda-tanda stress dan kaedah membendungnya;

2) Untuk mengekalkan keseimbangan dalam meningkatkan kualiti kehidupan dan prestasi kerja;

3) Memahami dan mengenali stress; dan

4) Membentuk rangka tindakan untuk menguruskan stress berteraskan konsep SPIES.

Di akhir hari, Majlis Penutupan Kursus Dan Penyampaian Sijil telah dilakukan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Sharudin Bin Sani selaku Pengetua Pusat Latihan Kemas, Bukit Baru, Melaka. 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.