SEMINAR INTENSIF PRA PERSARAAN "PERSEDIAAN KE ALAM BARU'', 23-24 NOVEMBER 2016

23 - 24 November 2016 - Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan Seminar Intensif Pra Persaraan "Persediaan Ke Alam Baru" bertempat di Hotel Sentral, Melaka.

Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang terdiri daripada 12 peserta dari Negeri Melaka dan 21 peserta dari jabatan luar Melaka. Antara jabatan luar Melaka yang menyertai seminar ini antaranya ialah Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, Perbendaharaan Malaysia, Sabah, Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor, Jabatan Mineral Dan Geosains Perak, HTC Jabatan Pengairan Saliran Kuala Lumpur, Politeknik Tuanku Syed Sirajudin Perlis dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Pontian Johor.

Objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1) Memberikan pendedahan, kefahaman dan kesedaran tentang persediaan sebelum bersara;

2) Menyediakan diri untuk menghadapi persaraan daripada segi mental dan fizikal;

3) Memberikan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang diperlukan untuk menghadapi persaraan;

4) Memberikan pendedahan tentang peluang-peluang alternatif yang boleh dilakukan selepas bersara; dan

5) Peserta juga akan diberi pendedahan mengenai pengurusan kesihatan yang perlu diambil kira selepas bersara kelak.

Seminar berakhir pada 24 Nov 2016 sekitar jam 4.30 petang.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.