SEMINAR PEMAHAMAN PERANAN DAN KEPENTINGAN PEGAWAI PENERIMA DAN PEMBERI MAKLUMAT BAGI JABATAN DAN AGENSI PADA 15 NOVEMBER 2016

15 Nov 2016 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan sebuah seminar yang bertajuk Seminar Pemahaman Peranan Dan Kepentingan Pegawai Penerima dan Pemberi Maklumat Bagi Jabatan Dan Agensi yang telah diadakan di Hotel Mahkota, Melaka. 

Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada 49 peserta dari Melaka dan 48 orang peserta dari jabatan luar Negeri Melaka. Penceramah yang telah diundang untuk perkongsian ilmu ialah Y.Bhg. En. Abszra Davadason Peter (Pengarah BPA Melaka / Negeri Sembilan), Y.Bhg. Puan Norismalily Binti Ishak (Pengurus Kanan Integriti, Bahagian Integriti, Lembaga Tabung Haji Malaysia), Y.Bhg. Tn. Wan Mohd Rosli Bin Wan Daud (Penolong Pesuruhjaya, SPRM) dan Y.Bhg. Tn. Wan Zulkifli Bin Mohamed (Penguasa Kanan, SPRM).

Objektif yang terkandung di dalam seminar ini antaranya ialah :

1) Memberi penerangan dan taklimat tentang peranan dan kepentingan pegawai pemberi dan penerima maklumat seperti yang terkandung di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711);

2) Memberikan pendedahan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pemberi Maklumat di jabatan dan agensi; dan

3) Mempunyai kefahaman yang lebih baik mengenai proses pemantauan dan penyelarasan tugas pemberi maklumat.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Azmi Bin Hj. Alias, Pengarah SPRM Negeri Melaka. Seminar berakhir sekitar jam 5.00 petang.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.