KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN EFEKTIF BAGI BADAN BERKANUN, PBT DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA 2016, 10-12 NOVEMBER 2016

10 - 12 November 2016, Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Efektif Bagi Badan Berkanun bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.

Seramai 63 orang peserta dari jabatan-jabatan di Negeri Melaka telah menghadiri kursus ini. Penceramah yang diundang untuk perkongsian ilmu antaranya ialah Y.Bhg. En. Redzuan Bin Abdul Samad (Pengarah Jabatan Audit Negara), Y.Bhg. En. Jafril Bin Junit (Bendahari Negeri, JKPNM), Y.Bhg. Puan Sharifah Ridzuah Binti Syed Sayuthi (Pen. Peg. Kewangan, JKPNM), Y.Bhg. Puan Adni Fatem Binti Abd Malik (Pegawai Tadbir, JKPNM), Y.Bhg. En. Abu Bakar Bin Jani (Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, JKPNM), Y.Bhg. Puan Nor Yati Binti Ahmad (Jab. Akauntan Negara), Y.Bhg. En. Shamsul Bin Shamdin (Ketua Penolong Pengarah Akademi Audit Negara) dan Y.Bhg. Puan Erni Juzairina Binti Zainuddin (Penguasa SPRM).

Objektif kursus bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman dalam pengurusan kewangan pejabat, memberi pemahaman konsep dan tatacara perakaunan terimaan, perbelanjaan dan bayaran serta membincangkan penemuan audit berdasarkan laporan audit dan memberi kefahaman tentang pengurusan bajet dan pembayaran.

Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Abdul Wahab Bin Shamsuddin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Melaka.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.