SEMINAR PEMANTAPAN PERANAN JURUAUDIT DALAM (30 - 31 MEI 2016)

30 - 31 Mei 2016, Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam (BADSA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Peranan Juruaudit Dalam Ke Arah Meningkatkan Profesionalisme Dan Keberkesanan Audit Dalaman Sektor Awam bertempat di Holiday Inn, Melaka.

Seramai 161 orang peserta hadir terdiri daripada Ketua Audit Dalam dan pegawai Audit Dalam Kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan Negeri dan Persekutuan, Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta. Objektif seminar bertujuan untuk memberi garis panduan kepada semua pegawai dan Bahagian / Unit Audit Dalam terhadap tugas dan peranan sebagai kakitangan audit dalam yang efektif, memberikan pendedahan dalam memperkasakan lagi asas dan teknik pengauditan memandangkan keperluan kepada pengauditan yang lebih kompleks dan memerlukan kemahiran yang terkini dalam menjalankan pengauditan, memberi pendedahan dan pengetahuan dalam menangani cabaran dan isu terkini dalam pelaksanaan pengauditan secara perkongsian pengalaman bersama Jabatan/ Kementerian / Setiausaha Kerajaan Negeri / Agensi / PBT / Anak Syarikat yang terbaik dalam pelaksanaan audit dalaman.

Seminar selama 2 hari ini dibarisi oleh penceramah :

1) Pn. Lau Tze Ngiik, Pengarah Audit Dalam Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia

2) Pn. Mahani Binti Abdul Aziz, Ketua Audit Dalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

3) En. Redzuan Bin Abdul Samad, Pengarah Audit Negeri, Jabatan Audit Negara Cawangan Melaka.

Manakala pada hari terakhir, Sesi Forum bertajuk "Memartabatkan Unit Audit Dalam Sebagai Sebuah Entiti Yang Profesional dan Berintegriti telah disampaikan oleh :

1) En. Ahmad Sanusi Bin Yaacob, Ketua Audit Dalam, Kementerian Luar Negeri (Moderator)

2) Pn. Rosni Bt Razali, Timbalan Setiausaha Bahagian 1, Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (Panel 1)

3) En. Hazimi Bin Kassim, Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan, Telekom Malaysia Berhad (Panel 2).

Majlis Perasmian Penutupan Seminar telah disempurnakan oleh YB Datuk Roslan Bin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut, Y.Bhg. Pn. Mahiran Binti Abdul Aziz, Pengarah BADSA Negeri Melaka dan Y.Bhg. Puan Norita Binti Jantan @ Janudin, Pengurus Besar INSPIM.

YB. Datuk Roslan berkata, seminar yang julung kali diadakan ini merupakan satu platform kepada para peserta untuk memperluas jaringan perhubungan yang akan memberi nilai tambah kepada para peserta dan organisasi dari segi perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran di antara peserta yang hadir sama ada dari dalam mahupun luar Negeri Melaka.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.