SEMINAR PEMATUHAN AUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM, 15-16 MAC 2016

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JKMM dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah melaksanakan sebuah seminar iaitu Seminar Pematuhan Auditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diadakan pada 15 - 16 Mac 2016 di Hotel Pantai Puteri, Melaka.

Seminar selama dua hari ini dihadiri oleh seramai 161 orang peserta yang terdiri daripada 52 orang peserta dari dalam Negeri Melaka dan 109 peserta dari jabatan luar Negeri Melaka.  Antara jabatan luar negeri Melaka yang telah menghadiri seminar ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah, Biro Tatanegara, JPM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Pejabat Tanah Galian Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Institut Kemahiran Belia Chembong, Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Daerah Tanah Malim, Pejabat Daerah Dan Tanah Sungai Siput, Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh, Pejabat Daerah Tanah Batang Padang, Majlis Daerah Tanjung Malim, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Perak, Pejabat Tanah Baling, Pejabat Daerah Kota Star, Pejabat Tanah Galian Kedah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Kangar, Jabatan Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam Johor, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Kesihatan Segamat, Pejabat kesihatan Daerah Kota Tinggi, Jabatan Kesihatan Johor, Perbendaharaan Negeri Johor, Pejabat Kesihatan Kulai, Majlis Daerah Simpang Renggam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Tanah Rompin, Majlis Perbandaran Kuantan, Yayasan Pahang, Hospital Kuala Penyu Sabah, Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak.

 

Penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan seminar ini ialah Y.Bhg. Encik Hashim Bin Borhan (Champion EKSA MAMPU), Y.Bhg. Encik Rabiulkhair Bin Mohd Nor (INSTUN) dan Y.Bhg. Puan Suhaila Bt Shahudin (JPJ, Cawangan Temerloh)

 

Objektif yang terkandung di dalam seminar ini ialah :

1. Mengetahui caragaya pelaksanaan EKSA dijayakan di jabatan-jabatan kerajaan yang berlainan latar belakang;

2. Mengetahui elemen pencetus untuk menggerakkan EKSA dengan lebih cepat dan teratur; dan

3. Mengaplikasikan perkongsian pengalaman pelaksanaan EKSA di jabatan-jabatan lain.

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Puan Noraini Binti Tawel, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JKMM.

 


 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.