SEMINAR STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) PADA 16-17 FEB 2016

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Unit Strategi Nasional (NSU) dan INSPIM telah mengadakan sebuah seminar iaitu Seminar Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS : Halatuju Pelan Perancangan & Pelan Tindakan Pelaksanaan NBOS pada 16-17 Februari 2016 di Hotel City Bayview Melaka.

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 105 orang peserta daripada jabatan-jabatan Negeri Melaka dan Luar Melaka. Antara jabatan Luar Negeri Melaka yang turut menyertai seminar ini ialah dari Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Majlis Daerah Tapah, Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Kesihatan Segamat, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Negeri Johor Tenggara (KEJORA), Majlis Perbandaran Muar, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Bentong, Yayasan Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, KKM, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, RISDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pejabat Daerah Baling, Lembaga Muzium Kedah dan Majlis Perbandaran Dungun.

Antara objektif Seminar ialah:

1) Memberikan pendedahan mengenai Rangka Strategi Laut Biru Kebangsaan kepada semua Jabatan serta agensi di Negeri Melaka khususnya;

2) Memberikan penekanan terhadap tanggungjawab semua agensi kerajaan terhadap pelaksanaan Strategy Laut Biru Kebangsaan (NBOS); dan

3) Penerapan nilai pengurusan korporat dalam pengurusan Organisasi Perkhidmatan Awam.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Ismail Bin Haji Hamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan).

Seminar ini berakhir pada17 Februari 2016 sekitar jam 12.30 tengah hari.

 


 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.