SEMINAR SIASATAN DALAM & PENDAKWAAN SALAHLAKU PEKERJA, 28 - 29 OKTOBER 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah mengadakan satu Seminar iaitu Seminar Siasatan Dalam & Pendakwaan Salahlaku Pekerja pada 28 - 29 Oktober 2015 bertempat di Hotel Orkid, Melaka.

Seminar sepanjang 2 hari ini telah dihadiri oleh seramai 17 orang peserta daripada jabatan-jabatan Negeri Melaka dan Luar Melaka. Antara jabatan Luar Negeri Melaka yang turut menyertai seminar ini ialah dari Majlis Daerah Selangor, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Penceramah yang telah diundang bagi seminar ini ialah Y.Bhg. Tn. Hj. Osman Bin Khalil.

Objektif Kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah:

1) Mendedahkan peserta dengan bagaimana siasatan dalaman dilakukan;

2) Mendedahkan kepada peserta jenis-jenis pendakwaan; 

3) Mendedahkan peserta dengan penubuhan AJK Siasatan Dalaman dan Pendakwaan; dan

4) Mengelakkan peserta daripada membuat kesilapan semasa menjatuhi hukuman.

Seminar ini berakhir pada 29 Oktober 2015 sekitar jam 1.00 tengah hari.

 


 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.