TAKLIMAT PENGHANTARAN DAN PEMBAYARAN CUKAI GST (KESALAHAN DALAM PENYEDIAAN PENYATA GST) PADA 22 OKTOBER 2015

Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia Dan NGO dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan sebuah program iaitu Taklimat Penghantaran Dan Pembayaran Cukai GST Kesalahan Dalam Penyediaan Penyata (Borang GST-03) Dan Isu-Isu Berkaitan Peruntukan Akta GST 2014 pada 22 Oktober 2015 di Hotel Pantai Puteri, Melaka.

Taklimat setengah hari ini telah dihadiri oleh seramai 156 orang peserta dari pelbagai jabatan dalam dan luar negeri Melaka. Antara jabatan luar Negeri Melaka yang telah menghadiri taklimat ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Raub, Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Taiping, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Telok Intan, Majlis Daerah Bachok, Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Majlis Daerah Labis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Universiti Kuala Lumpur.

Penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan taklimat ini ialah Tuan Safizal Bin Azmi, Penguasa Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Antara pengisian taklimat ini ialah Tatacara Pengiraan Tax GST, Tatacara Pengiraan Dan Pembayaran Cukai Dalam Penyata GST 2015, Kesalahan-kesalahan Mengikut Peruntukan Akta GST 2015 dan sesi soal jawab.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk MS Mahadevan Sanacy, Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO. Program berakhir sekitar jam 12.00  tengah hari.

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.