SEMINAR PEMAHAMAN DAN PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB PADA 12-13 MEI 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah mengadakan satu Seminar iaitu Seminar Tatacara Pemahaman Dan Pengurusan Tindakan Tatatertib pada 12 - 13 Mei 2015 bertempat di SIRIM Berhad, Melaka.

Seminar sepanjang 2 hari ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta daripada jabatan-jabatan Negeri Melaka termasuk 3 orang dari Jabatan Luar Negeri Melaka.

Penceramah yang telah diundang bagi seminar ini ialah Y.Bhg. Puan Norfadhillaton Bt Zahari (Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA) dan Y.Bhg. Tuan Muhd Fauzi Bin Shadollah (Penguasa, SPRM Negeri Melaka)

Objektif Kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah:

1) Memberikan lagi kefahaman terhadap prosedur yang termaktub dalam Perintah Am;

2) Memberi lagi pendedahan tentang pelaksanaan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; dan

3) Memberikan lagi pendedahan sebarang pindaan terkini yang terdapat dalam Buku Perintah Am.

Seminar ini berakhir pada 13 Mei 2015 sekitar jam 10.30 pagi.

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.