SEMINAR AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2015 PADA 31 MAC 2015

Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah mengadakan satu Seminar iaitu Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka 2015 bertempat di Hotel Kings Green, Melaka.

Seminar sehari ini telah dihadiri oleh seramai 97 orang peserta terdiri daripada Ahli Majlis dan Ketua Jabatan bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Penceramah yang telah diundang bagi perkongsian ilmu di dalam seminar ini ialah En. Mohd Haizan Bin Kadis, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka, Pn. Aminah Binti Abd. Rahman, Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal Jabatan Kerajaan Tempatan, En. Rokman Bin Mohd Dayan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Puan Lee Kuen Yee, Bahagian Dasar Dan Kemajuan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan dan En. Mohd Ismail Bin Abdul Jalil, Sektor Politik Institut Integriti Malaysia (IIM).

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Laporan Penilaian Prestasi Bulanan / Tahunan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Ar. Hj. Ismail Bin Othman, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar diikuti dengan penyampaian sijil kepada wakil setiap Pihak Berkuasa Tempatan dan penyampaian cenderamata. 

Majlis bersurai sekitar jam 4.30 petang.

 


 

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.