SEMINAR PENYELIA DAN JURUTEKNIK CEMERLANG PENINGKATAN PRESTASI & PRODUKTIVITI ORGANISASI, 24-25 MAC 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dengan kerjasama INSPIM dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengadakan Seminar Penyelia Dan Juruteknik Cemerlang : Peningkatan Prestasi Dan Produktiviti Organisasi pada 24 - 25 Mac 2015 bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka.

Seminar selama 2 hari ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta termasuk empat (4) orang peserta dari jabatan luar Negeri Melaka. Penceramah yang telah diundang untuk seminar ini ialah Y.Bhg. Dato' Abdul Razif Bin Ibrahim, Y.Bhg. En. Lokman Bin Darus, Y.Bhg. En. Rozali Bin Mamat dan Y.Bhg. Pn Azizah Bt Mohd Yusoff daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Objektif kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah : 1) Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang peranan serta pentingnya kepimpinan dan penyeliaan; 2) Mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan seorang penyelia dan juruteknik dalam menyelesaikan masalah organisasi berorientasikan budaya; dan 3) Menerapkan nilai-nilai unggul dalam kalangan penjawat awam khususnya juruteknik jabatan selaras dengan keperluan sektor awam negara alaf baru.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.