SEMINAR KEPENTINGAN DAN AMALAN TERBAIK IKRAR INTEGRITI KORPORAT (CIP) PADA 20 MAC 2015

Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka dan INSPIM telah melaksanakan Seminar Kepentingan Dan Amalan Terbaik CIP pada 20 Mac 2015 bertempat di Hotel Ramada Plaza, Melaka. 

Seminar sehari ini telah dihadiri seramai 72 orang peserta orang peserta. Aturcara seminar dimulakan dengan Majlis Perasmian Seminar oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka diikuti dengan Taklimat Proses ke Arah CIP yang disampaikan oleh Unit Integriti, Taklimat Ikrar Integriti Korporat disampaikan oleh Pn. Halimah Bt Sharif, Ibu Pejabat SPRM) diikuti dengan sesi Forum yang terdiri daripada 3 orang panel iaitu Y.Bhg. Datuk Mohammad Yusoff Bin Akope, Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan, SPRM Malaysia, Putrajaya, Y.Bhg. Pn. Hajah S. Normalis Bt Abd. Samad, Ketua Pengurusan Organisasi & Integriti, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Y.Bhg. Tn. Hj. Hazarudin Bin Hj. Baharudin, Imam 1 Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya. Moderator forum ialah Y.Bhg. PKPj Ramli Bin Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka.

Seminar berakhir pada jam 12.15 tengahari.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.