Kursus Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti (IA) pada 9-11 Mac 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka, JKMM dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan Kursus Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti (IA) pada 9 -11 Mac  2015 bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 2 hari ini telah mengundang penceramah daripada Jabatan Audit Negara Negeri Melaka iaitu Y.Bhg. En. Jaafar Bin Md. Gauth (Timbalan Pengarah Audit), Y.Bhg. Pn. Noorlinawati Bt Mohamad (Penolong Pengarah Audit), Y.Bhg. Pn. Suzrina Bt Sagap (Penolong Juruaudit), Y.Bhg. Pn. Adalina Bt Aziz (Penolong Juruaudit) dan Y.Bhg. En. Mat Zin Bin Abd. Malek (Penolong Juruaudit).

Objektif Kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah :

1) Meningkatkan pengetahuan dan memberi penerangan perkara-perkara yang diliputi dalam melaksanakan Indeks Akauntabiliti (IA) Pengurusan Kewangan;

2) Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kawalan dan tahap pematuhan peraturan kewangan berhubung dengan kawalan terhadap pengurusan bajet, terimaan, perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah / akaun amanah dan deposit serta aset, inventori dan stor; dan

3) Mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 31 orang peserta termasuk 8 orang peserta dari luar Melaka iaitu dari Lembaga Lebuhraya Malaysia, Majlis Daerah Kuala Penyu, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

 


 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.