Kursus Tatacara Pengurusan Dan Pengauditan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) pada 4 - 5 Mac 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka, JKMM  dengan kerjasama INSPIM telah selesai menjalankan Kursus Tatacara Pengurusan Dan Pengauditan Aset Tak Alih Kerajaan bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 24 orang peserta dari Negeri Melaka. Kursus ini telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu Y.Bhg. Encik Abd. Abid Bin Abdul Jalil, Pengarah, Jabatan Audit Negara Negeri Melaka, Y.Bhg. Cik Rapidah Bt Musthafa, Juruukur Bangunan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR Melaka, Y.Bhg. Puan Assurahanim Bt Mohamad Aspar, Arkitek Fasiliti, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR Melaka dan Y.Bhg. Encik Mohd Fauzi Bin Shahdollah, Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Negeri Melaka.

Objektif Kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah:

1) Menjelaskan hala tuju atau visi kerajaan di dalam pendekatan yang akan diambil untuk menguruskan aset-aset sedia ada, dan juga terhadap aset-aset baru yang akan diwujudkan;

2) Memandu perubahan paradigma pegawai-pegawai sektor awam ke arah transformasi pengurusan aset kerajaan mengikut amalan terbaik; dan

3) Menerangkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung di dalam proses dan prosedur pengurusan aset terkini yang telah dibangunkan untuk memastikan aset kerajaan diurus secara optimum.

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.