Kursus Pra Persaraan (Skim & Faedah Persaraan Anggota Perkhidmatan Awam) pada 11-12 Februari 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka, JKMM dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan Kursus Pra Persaraan (Skim & Faedah Persaraan Anggota Perkhidmatan Awam) pada 11-12 Februari bertempat di Hotel Bendahara Makmur, Melaka.

Penceramah yang telah diundang di dalam kursus ini ialah Y.Bhg. En Mohamad Bin Abd. Ghani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bhg. Pasca Perkhidmatan dan Y.Bhg. Ustaz Ahmad Fahim Bin Hj. Robani, MMU Melaka. Agensi yang turut diundang bagi perkongsian maklumat ialah daripada Amanah Raya Berhad, AKPK Cawangan Melaka dan Technology Park (M) Corp.

Objektif kursus yang terkandung di dalam kursus ini termasuklah :

1) Memberi pengetahuan kepada bakal pesara tentang skim dan faedah anggota perkhidmatan awam;

2) Memberi taklimat tentang pengurusan serta khidmat nasihat yang disediakan oleh Amanah Raya Berhad, AKPK dan Technology Park Malaysia untuk bakal pesara; dan

3) Memberi panduan pengurusan stress dan penjagaan kesihatan diusia persaraan.

Seramai 58 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 43 orang peserta dari dalam Melaka dan 15 orang peserta dari Luar Negeri Melaka.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.