Seminar Pengaduan Awam : Perspektif Baru Dalam Pengurusan Aduan pada 16 - 17 Februari 2015

Bahagian Komunikasi Korporat, JKMM,  Biro Pengaduan Awam, JPM  dengan kerjasama INSPIM telah selesai menjalankan Seminar Pengaduan Awam : Perspektif Baru Dalam Pengurusan Aduan pada 16 - 17 Februari 2015 bertempat di Hotel Bendahara, Melaka. Seminar selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu Y.Bhg. En. Abszra Davadason Peter, Pengarah Negeri Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan, JPM dan Y.Bhg. Tn. Hj. Othman Bin Mohd Khalil.

Di antara objektif kursus ini adalah seperti berikut :

1) Memperkasa Pengurusan Aduan Awam  dalam agensi awam

2) Membentuk sikap positif Pegawai Aduan semasa perbincangan dan penyelesaian aduan

3) Mengukur dan memahami persepsi pelanggan untuk menyelesaikan aduan dan isu berkaitan

4) Mengukur persepsi pendedahan elemen penting dalam prinsip-prinsip, konsep, asas dan isu-isu utama pengurusan aduan

5) Perkongsian kaedah ilmu, kemahiran dan keupayaan berkaitan Pengurusan Aduan yang berkesan untuk diterapkan dalam organisasi

6) Perkongsian tentang kaedah analisa aduan

7) Memberi peluang kepada organisasi untuk membincangkan kaedah pengurusan aduan dan KPI penyelesaian aduan.

Seminar ini telah dihadiri seramai 107 orang peserta yang terdiri daripada 45 orang peserta dalam Melaka dan 62 peserta dari luar Negeri Melaka. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Mohamad Salleh Bin Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.