KURSUS PENGURUSAN PERAKAUNAN TERIMAAN DAN HASIL BAYARAN PADA 23-25 FEBRUARI 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Pengurusan Perakaunan Dan Terimaan & Hasil Bayaran bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 3 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu Y.Bhg. Puan Zuriati Bt Ariffin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Melaka, Y.Bhg. Encik Anuar Bin Salleh, Penolong Akauntan Kanan, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg. Puan Ruslawati Bt Mohd Din, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Di antara objektif kursus ini adalah seperti berikut :

1) Memahami dengan lebih mendalam mengenai perakaunan hasil dan cara mengendalikannya; dan

2) Dapat mengaplikasikan tatacara pengurusan terimaan dan hasil dengan betul dan efektif.

Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus ini termasuk 5 orang peserta dari luar Melaka iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

 


 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.