SEMINAR KECEMERLANGAN DIRI DAN PROFESIONALISME BAGI PENGHANTAR NOTIS PADA 5 - 6 FEB 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM dan Kesatuan Kebangsaan Penghantar Notis Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Seminar Kecemerlangan Diri Dan Profesionalisme Bagi Penghantar Notis pada 5 - 6 Februari 2015 bertempat di Hotel Bendahara, Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu Y.Bhg. Encik Jalil Bin Sabudin, Penolong Pegawai Tanah, Institut Tadbir Dan Tanah  (INSTUN) dan Y.Bhg. En. Baharudin Bin Abdul Latip.

Di antara objektif kursus ini adalah seperti berikut :

1) Memahami tugas, tanggungjawab serta amanah yang dipikul oleh penjawat awam khususnya penghantar notis;

2) Menerapkan budaya kerja seperti komitmen diri dan inovasi serta memotivasikan diri untuk menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti;

3) Memberikan pendedahan tentang persiapan awal bagi memenuhi cabaran-cabaran masa depan dengan lebih objektif;

4) Mengkaji kekuatan serta kelemahan diri justeru untuk pembentukan keyakinan diri; dan

5) Menjalinkan "network" dengan individu di sekeliling khususnya masyarakat sebagai sokongan faktor kejayaan sesuatu kes mahkamah.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada 44 orang peserta dari dalam Melaka dan 6 orang dari luar Negeri Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. R. Gones, Presiden Kesatuan Kebangsaan Penghantar Notis Semenanjung Malaysia.

 


 



Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.