BENGKEL TAKLIMAT PENYEDIAAN KERTAS PERAKUAN TENDER KERAJAAN PADA 29 - 30 JAN 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Bengkel Taklimat Penyediaan Kertas Perakuan Tender Kerajaan pada 29 - 30 Januari 2015 bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu Y.Bhg. Encik William Syrillius Tunsin, Penolong Setiausaha Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.

Di antara matlamat kursus ini adalah seperti berikut :

1) Meningkatkan pemahaman mengenai penyediaan kertas taklimat tender;

2) Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian dalam Penilaian Teknikal dan Kewangan Perolehan Tender; dan

3) Memberi nasihat dan peringatan kepada Jabatan agar memastikan setiap teguran audit berkaitan pengurusan tatacara perolehan tidak berulang lagi.

Seramai 52 orang peserta telah menyertai kursus ini, termasuk dua (2) orang peserta dari Majlis Perbandaran Sepang.

 


 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.