BENGKEL PENYELENGGARAAN TRANSMISI ENJIN AUTOMATIK & ARAHAN PEMATUHAN DI JALAN RAYA PADA 26 - 27 JAN 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Bengkel Penyelenggaraan Transmisi Enjin Automatik & Pematuhan Arahan Di Jalan Raya pada 26 - 27 Januari 2015 bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu En. Zulkarnain BinYasin, Ketua Program Penguatkuasa, Undang-Undang Dan Kejuruteraan Automotif, JPJ dan En. Badron Izani Bin Abu Bakar, Pensyarah Unit Automotif, Kolej Komuniti Bukit Beruang.

Di antara matlamat kursus ini adalah seperti berikut :

1) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penyelenggaraan transmisi enjin automatik;

2) Pemantapan undang-undang di jalan raya serta menanam sikap berintegriti pengguna di jalan raya; dan

3) Memacu kepada perubahan sikap, nilai dan personaliti peserta terhadap bidang tugas.

Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Komen peserta sangat baik dan perlu dicadangkan untuk jabatan-jabatan unit lain yang tidak menghadiri kursus berkenaan.

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.