KURSUS PEMATUHAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 & PELAKSANAAN PELAN KESELAMATAN PADA 21-22 JAN 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Kursus Pematuhan  Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Dan Pelaksanaan Pelan Keselamatan Pelindungan Jabatan pada 21 - 22 Januari 2015 bertempat di Hotel Bendahara Makmur, Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman iaitu En. Azril Bin Abdul Jalil dan En. Mohd Shafie Zanuddin dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Di antara matlamat kursus ini adalah seperti berikut :

1) Meningkatkan kesedaran serta sebagai usaha yang berterusan menggalakkan pelbagai pihak mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan dalam bidang pekerjaan;

2) Penguatkuasaan dan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan isu keselamatan dan kesihatan terus terpelihara; dan

3) Perkongsian maklumat serta penilaian semasa dalam isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Komen peserta sangat baik dan perlu dicadangkan untuk jabatan-jabatan unit lain yang tidak menghadiri kursus berkenaan.

 

 

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.