KURSUS PEMAHAMAN KLAUSA DALAM PELAKSANAAN 5S PADA 21-22 JAN 2015

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Kursus Pemahaman Klausa Dan Impak Dalam Pelaksanaan 5S pada 21 - 22 Januari 2015 bertempat di Hotel Wana Riverside, Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang kualiti iaitu Pn. Saliza Bt Saari, Senior Konsultan Perbadanan Produktiviti Malaysia.

Di antara matlamat kursus ini adalah seperti berikut :

1) Memahami kaedah dan pelaksanaan Audit Dalaman Sistem 5S;

2) Mengukur keberkesanan sistem amalan 5S dengan menggunakan Kunci Petunjuk Prestasi (KPI);

3) Standard Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) melalui penggunaan klausa;

4) Pembentukan manual APB;

5) Pengukuran dan impak 5S kepada organisasi; dan

6) Penambahbaikan kriteria untuk pemarkahan Audit.

Seramai 29 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Kursus selama dua hari ini telah dapat menjalinkan kemesraan dan silaturrahim di kalangan peserta dan juga dengan penceramah. Peserta juga telah mengeluarkan idea, pengalaman dan juga cadangan bernas jika ada apa-apa kreativiti di dalam jabatan atau agensi masing-masing.

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.