Seminar Pengurusan Perolehan Kerajaan Dan Isu-Isu Berkaitan Sebutharga Dan Tender Kerajaan telah diadakan pada 3 - 4 Disember 2014 bertempat di SIRIM Berhad, Melaka. Kursus ini merupakan anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM.
Kursus selama 2 hari ini telah menghimpunkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada 14 orang peserta (Dalam Melaka) dan 11 orang peserta (Luar Melaka). Antara jabatan (luar Melaka) yang telah menghantar peserta ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor dan Majlis Perbandaran Bentong, Pahang.
Penceramah yang telah diundang bagi berkongsi ilmu bersama peserta ialah Y.Bhg. Encik Jaafar Bin Md. Gauth, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara Cawangan Melaka dan Y.Bhg. Encik William Syrillus Tunsin, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
Objektif yang ingin disampaikan di dalam kursus ini ialah memberi penambahbaikan tentang tatacara pengurusan perolehan kerajaan dan penambahbaikan hasil dari teguran audit mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam pekeliling kerajaan.
No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1, Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya, 75250, Melaka |
|
TELEFON : | +606 335 0334 | +606 335 0939 |
FAKS : | +606 336 7035 |
EMAIL : |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM) |
Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.