SEMINAR PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PEROLEHAN KEWANGAN NEGERI MELAKA PADA 23 OKT 2014

Unit Kerajaan Tempatan (UKT) dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan Seminar Penambahbaikan Pengurusan Perolehan Kewangan Negeri Melaka yang berlangsung pada 23 Oktober 2014 bertempat di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Kursus setengah hari ini dihadiri seramai 31 orang peserta dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) termasuk empat (4) orang peserta dari Unit Kerajaan Tempatan.

Penceramah yang telah diundang untuk berkongsi ilmu ialah Y.Bhg. Pn. Mahiran Binti Abd. Aziz (Jabatan Audit Negeri Melaka) dan Pn. Sharifah Ridzuah Binti Syed Sayuthi (Penolong Pegawai Kewangan Negeri Melaka). Objektif yang terkandung dalam seminar ini ialah :

Memahami dan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan di PBT Negeri Melaka tentang pengurusan perolehan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan. Seminar bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.