KURSUS PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN N. MELAKA PADA 20-21 OKT 2014

Unit Kerajaan Tempatan (UKT) dengan kerjasama INSPIM telah menjalankan Kursus Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka 2014  yang berlangsung pada 20 - 21 Oktober 2014 bertempat di Akademi JPJ, Melaka. Kursus selama 2 hari ini dihadiri seramai 42 orang peserta dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Penceramah yang telah diundang untuk berkongsi ilmu ialah Y.Bhg. Y.Bhg. En. Wan Marahakim Bin Wan Salleh (Pengarah, Undang-Undang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu), Y.Bhg. En. Rokman Bin Mohd Dayan (Pengarah, Projek Khas Dan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan Y.Bhg. Nur Adzlin Bin Anuar (Pen. Pengarah Undang-Undang, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah).

Objektif yang terkandung dalam seminar ini ialah :

1) Mengetahui dan memahami mengenai pengurusan pekeliling dan penggunaan akta-akta yang dilaksanakan;

2) Melatih kemampuan mengelola konflik dalam sesebuah organisasi; dan

3) Membangun pelan tindakan diri untuk memastikan satu pasukan kerja yang berkesan dapat diwujudkan.

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.