BUKIT BERUANG, 27 OKTOBER 2014 : Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama INSPIM telah melaksanakan Kursus Pemantapan Audit Dalam Persekitaran Berkualiti (QE/5S) pada 20 - 21 Oktober 2014 bertempat di Beruang Hill Resort, Bukit Beruang Melaka. Kursus selama 2 hari telah mengundang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang kualiti iaitu En. Mohd Rizal Bin Ayob.
Di antara matlamat kursus ini adalah seperti berikut :
1) Memahami kepentingan audit dalaman Amalan 5S;
2) Memperolehi pendedahan yang tepat tentang kaedah menjalankan aktiviti audit dalaman;
3) Mengetahui aspek audit seperti dokumentasi dan praktikal Amalan 5S;
4) Memahami penyediaan Kriteria Audit Dalam 5S; dan
5) Memperolehi keyakinan menjadi juruaudit dalaman yang berkesan
Seramai 13 orang peserta yang mengikuti kursus ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Pusat Zakat Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka. Kursus selama dua hari ini telah dapat menjalinkan kemesraan dan silaturrahim di kalangan peserta dan juga dengan penceramah. Peserta juga telah mengeluarkan idea, pengalaman dan juga cadangan bernas jika ada apa-apa kreativiti di dalam jabatan atau agensi masing-masing.
No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1, Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya, 75250, Melaka |
|
TELEFON : | +606 335 0334 | +606 335 0939 |
FAKS : | +606 336 7035 |
EMAIL : |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM) |
Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.