BENGKEL PELAN STRATEGIK PDT, JASIN, PADA 8-10 OKT 2014

Dalam usaha untuk mendokumentasikan agenda perkhidmatan dan pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin Melaka, satu program yang bertajuk Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin, Melaka telah dijayakan pada 8 - 10 Oktober 2014 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson Melaka. Menerusi program ini, INSPIM sekali lagi telah terlibat sebagai penyedia tenaga pengajar.

Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Zakaria selaku tenaga pengajar dari INSPIM telah hadir bersama Pegawai Daerah Jasin iaitu Tn. Hj. Roslan Bin Eusoff untuk menyampaikan taklimat serta ceramah yang berkaitan.

Menerusi program selama 3 hari 2 malam ini, seramai 24 orang kakitangan PDT Jasin yang terpilih telah didedahkan dengan konsep penyediaan Pelan Strategik, dimana secara umumnya untuk dijadikan sebagai rujukan pelan pembangunan kedaerahan dan hartanah di Jasin, Melaka bagi tahun 2015 - 2020.

 


 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.