SEMINAR PEMANTAPAN DAN PENGUKURAN PRESTASI KERJA PADA 17 OKT 2014

Seminar Pemantapan Dan Pengukuran Prestasi Kerja telah diadakan pada 15-16 Oktober 2014 bertempat di Hotel Wana Riverside Melaka . Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh seramai 39 peserta iaitu 26 orang peserta dari dalam Melaka dan 13 orang peserta dari luar Negeri Melaka.

Penceramah yang telah diundang untuk berkongsi ilmu ialah Puan Ridiaton Nizar Binti Muhamad Japri, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Objektif yang terkandung di dalam seminar ini antaranya termasuklah:

1) Memberi pendedahan kepada tatacara pengurusan prestasi;

2) Memberi pengetahuan tentang sasaran kerja tahunan (SKT);

3) Memberi pengetahuan tentang urusan penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT);

4) Memberi pengetahuan berkaitan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Pengurusan Pengiktirafan; dan

5) Membantu peserta memahami konsep pengurusan prestasi serta peraturan yang berkaitan prestasi dalam perkhidmatan awam.

 

 

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.