KURSUS KAEDAH PENULISAN TEKS UCAPAN EFEKTIF DAN BERPENGARUH PADA 2-3 OKT 2014

BUKIT BERUANG, 3 OKT 2014 : Kursus Kaedah Penulisan Teks Ucapan Dan Berpengaruh telah diadakan pada 2-3 Oktober 2014 bertempat di Beruang Hill Resort, Bukit Beruang, Melaka. Kursus ini adalah anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM).

Kursus ini selama 2 hari dapat mengumpulkan seramai 15 orang peserta terdiri daripada Lembaga Perumahan Melaka, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Melaka Taming Sari Berhad, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah, Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka, Pusat Zakat Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad. Kursus ini telah melantik penceramah yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendidikan dan pendedahan dengan teks efektif.

Objektif kursus adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan mutu penulisan teks ucapan umum dari sudut penguasaan bahasa iaitu laras bahasa, tatabahasa dan wacana;

2) Menghasilkan teks ucapan menggunakan kaedah yang efektif dan berpengaruh; dan

3) Mendidik dan melatih penulis ke arah kerjaya yang lebih profesional.

Peserta juga telah dapat menjalinkan kemesraan di antara peserta dan juga dengan penceramah. Dari itu, majoriti peserta telah membentuk satu emosi kemesraan yang memuaskan diantara jabatan dan peserta yang hadir.

 


 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.