KURSUS PENYELENGGARAAN BUKU LOG KENDERAAN BERSISTEMATIK PADA 29-30 SEPT 2014

BUKIT BERUANG, 30 September 2014 : Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah melaksanakan Kursus Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Bersistematik pada 29-30 September 2014 bertempat di Beruang Hill Resort, Bukit Beruang, Melaka.

Kursus ini selama 2 hari dapat mengumpulkan seramai 22 orang peserta terdiri daripada pembantu tadbir, ketua pemandu, pemandu kenderaan dan juga jurumudi yang terlibat dengan penyelenggaraan buku log kenderaan untuk jabatan masing-masing. Di antara jabatan atau bahagian/unit yang menghantar peserta seperti Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Pejabat Kesihatan Dan Daerah Melaka Tengah, Jabatan Agama Islam Melaka, Perbadanan Pembangunan Air Negara Cyberjaya, Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai, Johor Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM).

Objektif kursus yang terkandung di dalam kursus ini ialah:

a) Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus dan mengendalikan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa;

b) Mempunyai sikap kebertanggungjawaban ke atas tugas-tugas mengurus serta mengendalikan kenderaan jabatan; dan

c) Mengetahui dan memahami tentang pengurusan dan prosedur pengurusan dan pengendalian kenderaan jabatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Peserta juga telah berpeluang mengetahui tentang pelupusan hapuskira dan penggunaan kad inden pembelian minyak petrol / diesel dan yang satu lagi tentang pengurusan buku log kenderaan kerajaan dan pengurusan kemalangan kenderaan kerajaan.

 

 

 

 

 

 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.