KURSUS REKABENTUK, PEMULIHARAAN DAN PENGURUSAN LANDSKAP PADA 17 - 18 SEPTEMBER 2014

Pada 17 - 18 September 2014, Jabatan Ketua Menteri Melaka bersama INSPIM telahpun melaksanakan Kursus Rekabentuk, Pemuliharaan dan Pengurusan Landskap bertempat di salah sebuah hotel di Melaka.

Kursus ini menyentuh aspek dan kaedah dalam merekabentuk, memulihkan dan menguruskan landskap di sesebuah kawasan. Kursus ini turut memberikan input mengenai pemilihan tumbuhan, anggaran kos dan rekabentuk yang bersesuaian bagi membina sebuah kawasan landskap. Peserta turut diminta untuk merangka replika 3D landskap masing-masing.

Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi di dalam dan luar Negeri Melaka termasuk daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Kuching, Majlis Daerah Luar Sibu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Daerah Klang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Universiti Malaysia Terengganu dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya kursus ini telah berjaya menambah pengetahuan para peserta mengenai asas pengurusan landskap sesuatu kawasan atau membina pusat jagaan tanaman sendiri. 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.