SEMINAR BAJET BERASASKAN OUTCOME (OBB) MANFAAT DAN POTENSI KEPADA PENTADBIRAN NEGERI (17 - 18 APR 2019)

17 - 18 APRIL 2019 yang lalu telah berlangsung SEMINAR PELAKSANAAN BAJET BERASASKAN OUTCOME (OUTCOME BASED BUDGETING – OBB) DALAM PENGGURUSAN KEWANGAN AWAM BERASASKAN KEBERHASILAN bertempat di Hotel Tun Fatimah Riverside, Melaka.

Seminar selama dua (2) hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman iaitu YBrs. Puan Ismayati binti Ismail (Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Seksyen Strategik dan Pemantauan, Kementerian Pembangunan Usahawan)

Seramai 29 orang peserta telah menghadiri seminar ini dimana seramai 24 orang peserta dari Melaka, manakala 5 orang penyertaan peserta dari luar Melaka.

Antara objektif yang terkandung di dalam simposium ini ialah :

1)    Memberi penerangan kepada peserta mengenai konsep-konsep berkaitan yang digunakan dalam perancangan dan penyediaan Bajet Berasaskan Outcome,

2)    Pelaksanaan OBB dalam pengurusan kewangan awam adalah satu menifestasi peralihan daripada penilaian prestasi berasaskan output, kepada penilaian prestasi yang berasaskan kepada keberhasilan, dan

3)    Memberi pendedahan dan penerangan kepada peserta berkaitan pembangunan Kerangka Keberhasilan (Result Framework) dan pengurusan prestasi kementerian / jabatan / agensi.

Diharap pengisian didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

 


Untuk paparan gambar sepanjang seminar, boleh layari Facebook INSPIM (www.facebook.com/inspimmelaka)


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.