SEMINAR MENGARUSPERDANA INTEGRITI DALAM SISTEM PENGURUSAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM, 9 - 10 APRIL 2019

9 – 10 APRIL 2019 – Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan SEMINAR MENGARUSPERDANA INTEGRITI DALAM SISTEM PENGURUSAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM bertempat di Hotel Novotel, Melaka.

Seminar yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah mengundang penceramah yang begitu berpengalaman daripada pelbagai jabatan iaitu YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff (Timbalan Ketua Pengarah [Dasar dan Strategik] Pusat Governans, Integriti dan Rasuah Negara (GIACC), YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil (Timbalan Ketua Pesuruhjaya [Pencegahan], Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), YBrs. Puan Rajeswari A/P Karuppiah (Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan YBrs. En. Md. Khairulnizam bin Mohd Misnan (Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Seramai 129 orang peserta telah menghadiri seminar ini dimana seramai 72 orang peserta dari luar Melaka, 57 peserta dari dalam Melaka.

Antara objektif yang terkandung di dalam simposium ini ialah :

1)    Mengeksplotasi trend pembaharuan reformasi pemodenan penawaran perkhidmatan awam yang berpaksikan rakyat melalui pelaksanaan standard sistem pengurusan kualiti;

2)    Melebarkan horizon pemikiran dan sempadan keilmuan berkaitan standard sistem pengurusan kualiti dan integriti dalam mendepani cabaran yang semakin bervariasi; dan

3)    Mewujudkan organisasi sektor awam yang cekap dan telus dalam melestari integriti melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang efektif dan efisien kepada rakyat.

Diharap pengisian didalam seminar ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta yang hadir. Seminar ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


 


Alamat

No.25, Wisma INSPIM, Jalan Bachang Jaya 1,
Off. Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya,
75250, Melaka
TELEFON : +606 335 0334 | +606 335 0939
FAKS : +606 336 7035
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan umum)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Untuk pertanyaan khusus berkenaan kursus-kursus di INSPIM)

Berita Edaran

Dapatkan berita-berita terkini dari INSPIM melalui alamat emel anda.